Profil Panelis
Ong Jing Cheng merupakan penuntut ijazah sarjana di USM untuk. Beliau juga merupakan Setiausaha DEMA (Malaysian Youth and Students Democratic Movement) dan pegawai program Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower). Beliau merupakan penerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial (Ekonomi) dengan kepujian daripada Universiti Sains Malaysia. Pada Julai 2009, Ong ditahan di Universiti Malaya atas tuduhan “pencerobohan” di Pusat Pengajian Islam dan (dipenjarakan) selama tiga hari. Akhirnya, beliau tidak didakwa.
Wan Mohd Firdaus menerima Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang Dengan Kepujian daripada University of Nottingham di United Kingdom. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC) dari tahun 2005 hingga 2007, wakil universiti untuk National Union of Students (NUS) dan Federation of Students Islamic Societies (FOSIS), selain salah seorang pengasas badan Malaysia Think Tank (Waubebas.org). Beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor, sekaligus terlibat dalam Jawantankuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
Lee Khai Loon merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang dan bekas setiuasaha kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan Exco Selangor, YB Elizabeth Wong. Lee telah lama terlibat dalam usaha untuk menggalakan sumbangan belia kepada negara dan adalah bekas penyelaras Youth for Change (Y4C). Beliau giat sebagai pemimpin mahasiswa sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dan kini masih meneruskan usahanya untuk membangunkan belia Malaysia melalui program-program dan pendidikan, terutamanya berkenaan proses pilihanraya.
Mark Teh merupakan seorang pengarah, pengamal seni, pengkaji dan pengajar yang mempunyai minat khas dalam isu-isu yang berkaitan dengan sejarah Malaysia, kebajikan belia, sukan dan pembangunan insan, yang sering dicerminkan dalam projek-projek beliau. Pada tahun 2003, beliau menerima anugerah Arts Network Asia untuk hasil kajian beliau dalam tradisi seni yang diamalkan di India dan Filipina. Beliau juga telah dinobatkan sebagai ‘Artis Paling Berpotensi’ pada majlis BOH Cameronian Arts Award 2003. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli fakulti di The One Academy of Communication Design dan di Fakulti Seni Pentas dan Media di Sunway University College. Beliau juga merupakan ahli Five Arts Centre.
Tricia Yeoh bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai Pegawai Penyelidik Dasar. Beliau juga merupakan ahli panel penasihat di CPPS (Centre for Public Policy Studies) dan adalah ahli kumpulan Revolution of Hope (RoH). Beliau adalah graduan Universiti Monash (Malaysia) dengan ijazah Econometrics dan juga mempunyai ijazah Masters dalam Metodologi Penyelidikan dari Universiti Warwick, UK.
Roshan Thiran adalah Ketua Eksekutif Leaderonomics, sebuah badan perniagaan yang berfokus kepada aspek pembangunan kepimpinan pada semua peringkat umur di seluruh rantau Asia Pasifik. Sebelum ini, beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Pengarah Urusan Global Talent di syarikat Johnson & Johnson, selain berkhidmat dengan syarikat General Electric (GE) selama lebih daripada 12 tahun di Eropah dan Asia. Beliau telah menempah nama di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia dengan gaya latihan dan teknik pengajaran beliau yang unik dan kreatif, lantas berjaya mendorong minat dan menggamit perhatian ramai.
Intan Suraya Hashim menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada Northwestern University di Amerika Syarikat pada tahun 2003. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, di mana beliau bertanggungjawab untuk melupuskan ‘non-performing loans’ melalui tender hartanah dan tindakan undang-undang. Beliau kemudiannya meninggalkan dunia korporat pada tahun 2006 dan menubuhkan Studio W, studio kecergasan khas untuk kaum wanita yang terletak di Kota Damasara. Beliau kini sedang menyempurnakan pengajian MBA di Universiti Malaya.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan ADUN Seri Setia serta Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau pernah menjadi Setiausaha Peribadi kepada Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari tahun 2006-2008. Beliau telah menerima pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Yayasan UEM, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di King’s College, University of London. Beliau sekarang menetap bersama-sama dengan isterinya di Petaling Jaya dan merupakan calon termuda dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
YB Hannah Yeoh adalah ADUN Subang Jaya di Selangor. Beliau menerima ijazah dalam bidang undang-undang pada tahun 2001 dari University of Tasmania di Australia, dan telah berkhimat dengan Majlis Bar Malaysia pada tahun 2003. Beliau bekerja sebagai peguam selama tiga tahun, kemudiannya terlibat dengan sebuah syarikat ‘event management’ pada tahun 2006. Apabila Parlimen dibubarkan pada 2008, beliau membuat keputusan untuk bertanding sebagai wakil rakyat.
YB Dato’ Rahman Dahlan merupakan Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di sepanjang kerjaya politik beliau, termasuklah sebagai Setiausaha Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda BN, ahli jawatankuasa Persatuan Parlimen Negara-Negara Komanwel, Malaysia, ahli jawatankuasa Akaun Umum Parlimen (PPAC) dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Wan Ahmad Faysal merupakan pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas yang percaya kepada perjuangan menegakkan keadilan menentang golongan kapitalis dan penjajah zaman baru. Seorang aktivis sosial, penceramah bebas and kolumnis ruangan Siswa dan Rencana Am dalam akhbar Siasah. Buah fikiran beliau boleh dilayari di http://rausyanfikir.com.
Wong Chin Huat adalah pensyarah dalam bidang Sains Politik serta aktivis. Beliau menerima ijazah sarjana muda dari Universiti Malaysia, ijazah sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan melanjutkan pengajian doktor faslafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di University of Essex di United Kingdom. Thesis Phd beliau berkisar mengenai perkembangan parti-parti politik di Semenanjung Malaysia antara tahun 1982 hingga 2004. Beliau kini mengajar subjek kewartawanan di Monash University cawangan Malaysia, selain merupakan jurucakap Bersih, iaitu gabungan badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pilihanraya bebas dan adil di Malaysia. Beliau juga salah seorang kolumnis di laman The Nut Graph dan pengerusi ‘Writers Alliance for Media Independence’.
N. Surendran merupakan penyelaras gerakan ‘Malaysian Against Death Penalty and Torture’ (MADPET), ahli Majlis Peguam Malaysia dan penasihat undang-undang bagi ‘Police Watch and Human Rights Committee’. Beliau bergerak aktif sebagai peguam hak asasi di Malaysia, dan mewakili keluarga Kugan Anathan, yang telah meninggal dunia semasa di bawah tahanan pihak polis.
Edmund Bon merupakan seorang peguam Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau pernah terlibat dalam beberapa kes berkaitan kepentingan awam yang berprofil tinggi. Antaranya adalah perbicaraan krisis perlembagaan negeri Perak dan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Edmund pernah berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam selama dua penggal dan kini merupakan pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan. Beliau merupakan antara individu yang memulakan blog popular, LoyarBurok.com. Pada tahun 2007, Edmund ditahan ketika berada di Bar Council’s Festival of Rights kerana dituduh menghalang pegawai penguatkuasa dariapada menurunkan sepanduk yang digantung di premis Bangunan Majlis Peguam. Beliau kemudiannya dibebas tanpa didakwa.
Fadiah Nadwa Fikri dilahirkan di Alor Setar, kedah. Beliau dipanggil ke Majlis Peguam pada 2007 dan menyandang jawatan setiausaha kehormat Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), ahli Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan cikgu sukarelawan dengan Projek Tuisyen Sukarela Mentari. Pada May 7 tahun ini, Fadiah dan 4 peguam lain berada di Balai Polis Brickfields untuk memberi nasihat guaman kepada 14 orang yang telah ditahan kerana mengadakan perhimpunan awam untuk aktivis Bersih, Wong Chin Huat. Namun begitu, peguam-peguam tersebut dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram lalu ditahan pula dan tidak dibenarkan berjumpa dengan peguam masing-masing.
Fahmi Fadzil adalah seorang penggiat seni serta pengarang. Walaupun menerima pendidikan dalam bidang kejuruteraan kimia, beliau akhirnya telah membuat keputusan untuk menceburkan diri sepenuhnya di dalam bidang seni. Selain menulis kolum bulanan di dalam majalah KLue, beliau pernah menerima pelbagai pengiktirafan atas hasil kerja beliau dalam beberapa pementasan. Beliau juga merupakan ahli badan seni Five Arts Center, penyelaras kumpulan Projek Wayang, rakan kongsi studio kreatif Bright Lights at Midnight, serta pengacara program temu duga The Fairly Current Show.
Mohd Jamizal Zainol menerima Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang Dengan Kepujian daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA dan kemudiannya telah melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang perundangan di Universiti Malaya (UM). Beliau kini berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Federal Counsel di bawah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. dari tahun 2002 hingga 2006. Beliau bertanggungjawab atas Unit Hak Asasi Manusia, serta pernah mewakili Malaysia di Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland.
Tham Keng Yew adalah graduan daripada Michigan State University dalam bidang Kejuruteraan Komputer. Beliau terlibat dalam pembentukan eXS Inc, yakni sebuah syarikat di Lembah Silikon, selain mempunyai pengalaman yang luas dalam memulakan pelbagai jenis syarikat dan produk berteknologi tinggi di Lembah Silikon, Amerika Syarikat. Apabila beliau pulang ke tanah air pada tahun 2008, beliau telah menubuhkan Socialwalk, yang bermatlamat untuk mengalakkan persidangan dan acara perniagaan diubah menjadi jalinan yang berkekalan. Antara pelanggan Socialwalk termasuklah TEDx Kuala Lumpur, Tie Asia Pacific Conference 09, Barcamp dan Bursa Malaysia.
Mien Lor merupakan seorang pembikin filem dan dokumentari terbaru beliau bertajuk ‘Running’, yang berkisar mengenai isu pelarian asing di Malaysia, telah ditayangkan di bandar-bandar di Mesir, Australia dan Indonesia tahun ini. Di samping itu, beliau juga mengendalikan latihan dalam isu seperti hak asasi manusia, keadilan dan kesaksamaan antara jantina, hal-hal anti-perkauman dan penghasilan video. Beliau adalah salah seorang pengasas laman filmmakersanonymous.blogspot.com, selain terlibat dalam aktiviti jalanan bersama katagender.blogspot.com dan menawarkan khidmat beliau secara sukarela dengan freedomfilmfest.komas.org. Blog beliau boleh dicapai di mienly.wordpress.com.
Fynn Jamal merupakan graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. Beliau pernah menjadi pensyarah di UIAM dan kini mengajar di Universiti Limkokwing. Seorang penyajak, penyanyi dan penggiat seni, pandangan beliau boleh dilayari di http://fynnjamal.blogspot.com
Nurulasyiqin Ikhwan Nasir menerima Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian dalam TESOL dari University of Warwick pada tahun 1997. Beliau sering terbabit dalam program-program bertemakan permerkasaan remaja khususnya untuk merancang, mengurus dan mengendalikan pelbagai aktiviti seperti ceramah, latihan dan bengkel. Beliau merupakan salah seorang sukarelawan dalam program Cyber Development Corps (CDC), sebuah inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat barisan kepimpinan remaja serantau. Beliau kini mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting.
