Mengenai Forum

Belia ke Belia: Demi Malaysia

Perhatian! Forum ini telah bertukar tempat dan kini akan dilansungkan di 3K Inn, Subang Jaya. Terima kasih dan harap maklum.

Wacana dwibahasa ini berhasrat untuk membawa bersama belia dan pemimpin muda yang telah berjaya menyumbang terhadap pembangunan Malaysia dengan pelajar dan belia yang mempunyai cita-cita yang sama. Diharapkan wacana ini akan memberi peluang untuk kedua-dua golongan ini berinteraksi dan belajar dari satu sama lain.

Wacana ini juga merupakan pentas di mana golongan mahasiswa dan belia dari latar belakang yang berlainan berkongsi pengalaman unik masing-masing, sekaligus merapatkan jurang di antara mereka melalui kupasan isu dan cabaran sejagat yang mendepani golongan muda-mudi negara pada masa kini.

Insyallah, suatu jalinan kukuh yang bertunjangkan nilai-nilai permuafakatan dan kesefahaman yang sejati akan dapat dizahirkan pada akhir forum ini.

Tempat: 3K Inn, Persiaran Kewajipan, 47500 Subang Jaya
Tarikh: Sunday, August 16th
Masa: 9.00am – 6.30pm

Program:

9.00am: Majlis Pembukaan

9.00am:
Perkhidmatan Awam / Kerja Politik
Tricia Yeoh, Wan Firdaus, Lee Khai Loon, Dr. Marzuki

11.00am:
Masyarakat Sipil
Ong Jing Cheng, Faisal Abdul Aziz, N. Surendran, Yati Kaprawi

12.30pm: Makan Tengahari

2.00pm:

2 panel akan diadakan serentak -

Perniagaan dan Perusahaan
Intan Hashim, Roshan Thiran, Tham Keng Yew, Mohd Jamizal Zainol

Kerja Profesional
Edmund Bon, Fadiah Fikri, Farhan Read

3.30pm:

2 panel akan diadakan serentak -

Pendidikan
Wong Chin Huat, Wan Ahmad Faysal, Nurulasyiqin Ikhwan Nasir

Seni
Fahmi Fadzil, Mark Teh, Mien Lor, Fynn Jamal, Mei Chern

5.00pm:

Politik
Nik Nazmi, Hannah Yeoh, Lim Si Pin, Rahman Dahlan